Sunday, November 25, 2012

Keputusan Mesyuarat Agung Pertama Surau Al-Ikhlas

Pengerusi Surau 2010/2012, Saudara Ahmad Saizali sedang menyampaikan  ucapan.

Perasmian oleh Ustaz Drs Dawi Cahyono Bin Nurdin selaku Imam  Besar  dan  Naib Pengerusi Masjid An-Nur UTP

Antara hadirin yang datang.....

Alhamdulillah, mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya. Hampir seratus orang hadirin telah menyertai mesyuarat dan setelah undian dibuat majoriti memilih agar Jawatankuasa Sesi 2010 /2012 DIKEKALKAN DENGAN ROMBAKAN DIBUAT  OLEH JAWATANKUASA SENDIRI.

Oleh yang demikian senarai akhir Jawatankuasa Sesi 2013/2015 akan diketahui setelah mesyuarat pertama Jawatankuasa yang akan dibuat sedikit masa lagi.
Antara sof pimpinan 2010/2012 yang hadir..Wak Maskar  ( T-Shit  Kuning ) tak masuk laa..debor mendengor keputusan  mesyuarat...

Ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran yang ramai sebagai tanda sokongan kepada usaha dakwah  memantapkan pemahaman Islam khususnya kepada penduduk Bandar U.

No comments: