Friday, October 18, 2013

Qurban Lagi...Selepas Solat Jumaat

Lembu yang terlepas berlari dikawasan taman sebelum masuk kehutan belakang Lake Ville dan terus tidak dapat dikesan...

Beberapa orang ahli qariah masih istiqamah hampir setiap hari mencari lembu qurban yang terlepas sampai hari terakhir qurban masih lagi tidak dijumpai. Pengerusi telah meminta pandangan dan rujukan  dari Ustaz Mohammad Ismi dan akhirnya keputusan diambil untuk membeli seekor kerbau sebagai pengganti.

Alhamdulillah, kerja peyembelihan bermula jam 3.00 petang dan berakhir sebelum masuk waktu Asar.

Sedia untuk disembelih oleh Tuan Haji Mansor

Abang Zul ...bab tumbang bagi kat dia...

Potong, timbang dan bungkus...Cikgu Zul solo je

Support dari brader indon...AJK Kebersihan gamaknya

Wednesday, October 16, 2013

Program Qurban & Aqiqah 1434H

Program Qurban dan Aqiqah pada tahun ini melibatkan 7 ekor lembu walaupun penyertaan banyak yang last minutes...suspen juge le Brader  Daud Teksi. Nak jadi cerite kali ni tercatat sejarahnya sekor lembu cabut lari masuk hutan belakang Stesyen Petronas...ramai yang cuba cari tapi tak berjaya sampai hari ni.

Program tetap diteruskan dengan bantuan ramai ahli kariah...Tahniah dan salute kat kome sumer.

rajin dengan semangat korban

" Ni teman yang lapah..." Haji Bakar

Team Potong & Timbang....Haji Rosli & The Gang

"Thank you YB Isa.." Haji Zohadi

" 1 rumah , 1 bungkus yeaaa...same-same kita merasa " Cikgu Saizali

" Tolong berbaris dulu...senang teman nak pantau ..." Tuan Syed Rosli

Alhamdulillah....disiplin tinggi jemaah Bandar U

Brader  Pakistan pun merasa...rezeki-rezeki....

Pihak Jawatankuasa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dari Peserta, Pekerja dan semua  sekali. Semoga ikhlasnya pengorbanan kita diberi ganjaran oleh Allah nanti...Amin. Mohon maaf juga atas kekurangan dan kelemahan pengurusan...InsyaAllah tahun hadapan kita perbaiki.

Solat Sunat Aidil Adha 1434H

Solat Sunat Aidil Adha bermula jam 8.30 pagi . Imam dan Khatib ialah  Ustaz Haji Mohamad Ismi Mat Taib.

" Sidang jemaah sekelian...teman nak ngabor kat kome ..."Ustaz Haji Mohamad Ismi......


Antara jamaah yang sedang khusyuk mendengar khutbah

Ape yang terpegun benor tu Cikgu !!!

Khusyuk sedara kita nie ye...

Cikgu Zul & Haji Bakar..maintain kome

Sunday, October 6, 2013

Kuliah Subuh Bersama Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman

Kuliah Subuh dijadual bersama AF Ustaz Mohammad  Subki B Abdul Rahman

Ustaz Mohammad Subki tidak dapat hadir dan digantikan dengan wakil dari rombongan beliau iaitu Ustaz Habiburrahman;

Ustaz Habibirrahman...penyampaian yang mantap dan menyentuh para hadirin