Sunday, September 16, 2012

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2012

Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas Bandar Universiti dengan kerjasama Masjid An-Nur UTP telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu bersamaan 15 haribulan September 2012. Program ini bertujuan merapatkan rangkaian hubungan antara Masjid dan surau-surau dibawah kariah khususnya Surau Al-Ikhlas. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Drs Dawi Cahyono Nurdin selaku Imam 1 dan Naib Pengerusi Masjid An-Nur UTP. Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran Dr Syed Omar Syarifuddin Bin Syed Ikhsan, CEO MAIP yang merupakan ahli kariah di Surau Al-Ikhlas.